Jumaat, 2 Mei 2014

SEMANGAT KESUKANAN KINI MEMBARA



SUKAN TAHUNAN KE-50 SMK ORANG KAYA HAJI


MENANG ATAU KALAH ADAT PERMAINAN

Pada 4 Mei 2014, akan diadakan sukan tahunan yang ke 50 bertempat di padang Smk Orang Kaya Haji, Kuala Lipis, Pahang. Pelbagai acara yang akan diadakan, antaranya perbarisan rumah sukan bersempena dengan tema Robotik. Sebelum sukan tahunan ini diadakan, pihak sekolah telah mengadakan sukantara iaitu acara padang yang menentukan mata rumah sukan. Acara sukantara termasuklah:


  • Lontar Peluru
  • Lempar Cakera
  • Merejam lembing
  • Acara Balapan padang(100meter dan 200meter)
  • Acara Tarik tali
Acara-acara menarik ini menentukan rumah sukan yang akan dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Jadi, siapakah yang akan dinobatkan sebagai johan sukan tahunan 2014, adakah Bendahara(Merah), Syahbandar(Hijau),Laksamana(Biru) atau Temenggung(Kuning)? Esok adalah penentunya. Menang atau kalah adat permainan. Maka, diharapkan agar para pelajar dapat menerima kekalahan dengan sebaiknya tanpa ada masalah.

Jadi, hari ini, semua guru dan staf serta pelajar sibuk dengan persediaan perbarisan beragam yang bertemakan Robotik. Pelbagai rekabentuk maskot dan sepanduk telah dibuat hasil kerjasama murid dan guru. Oleh itu, diharapkan agar semua pelajar menyemai semangat kesukanan dan menikmati proses kecergasan dan kecerdasan minda ini. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan para pelajar yang telah bekerjasama dalam menjadikan Sukan Tahunan SMKOKH yang ke-50 sebagai satu kenyataan dalam 2014. Sekian wassalam.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, ANDA BOLEH MELAYARI BLOG RASMI SEKOLAH: www.smk-okh.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan