BENGKEL PEMILIHAN TOKOH NILAM.
Bak kata cikgu, peluang ini hanya hadir sekali seumur hidup. Kerana itulah saya terpilih untuk mewakili sekolah tercinta SMKOKH dalam Pemilihan Tokoh NILAM yang bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca. Oleh itu, saya telah mewakili SMKOKH dalam kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris dan Mohd Fazri Alwi sebagai peserta dalam kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Program memberi banyak manfaat dengan menanam sifat mencintai buku dalam diri kita. Tidak salah membaca dan mencinta ilmu kerana orang yang mencintai ilmu merupakan orang yang pandai menilai harga sesebuah buku.
ANUGERAH SERI BESTARI
Pada 18.09.2013, selepas menyertai Pemilihan Tokoh Nilam, berkat kesungguhan dan ketekunan dalam pertandingan itu, saya telah menempah nama sebagai Tokoh Nilam kategori Bahasa Inggeris dan Mohd Fazri bin Alwi mendapat saguhato dalam kategori Bahasa Melayu. Walaupun begitu, hal ini tidak akan menjadikan saya seroang yang sombong dalam pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan