AKTIVITI MENARIK BERSAMA TM




AKTIVITI MENARIK DAN TERTARIK ANJURAN BERSAMA TM


Sesuai dengan gelaran Smk Orang Kaya Haji sebagai anak angkat TM dan menerusi program TM Pintar, sebuah ukhuwah yang kukuh berjaya dibina antara TM dan pihak SMKOKH. Oleh itu, sejak dari 2013-2014, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk membina kecemerlangan murid-murid dan memantapkan bina insan dan sahsiah para pelajar. Maka, dengan adanya program-program yang bermanfaat ini, diharapkan para guru dan pelajar dapat membina silaturahim yang lebih erat.


Perjalanan Program/Senarai Program yang terlibat anjuran bersama TM:


SEPANJANG 2013

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk memantapkan pencapaian akademik para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR). 



Selain itu, bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM), program ini telah diadakan untuk meningkatkan daya ingatan murid dan sesi 'flashback' topik-topik dalam subjek yang telah diajarkan.


Sanggar Budaya, sesuai dengan nama yang telah diberikan, pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan telah diadakan. Antaranya, Senam Tari yang dilatih oleh pegawai khas dari TM, persembahan Selamat Datang, Tarian Sewang yang dipersembahkan oleh murid-murid Orang Asli yang berjaya menarik perhatian ramai dengan keunikan yang dimiliki oleh SMKOKH pada tahun 2013.


Lawatan akhir tahun ke Menara TM, mesti seronok bukan dapat melihat dan melawat syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia? Namun jangan salah anggap, lawatan ini hanya dikhususkan untuk para guru sahaja. Pelbagai tempat menarik yang telah dilawati oleh guru-guru SMKOKH di Menara TM. Oleh itu, kami berharap hubungan yang dibina bertambah lebih erat.


Pada tarikh yang telah dinyatakan diatas, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dengan gilang-gemilangnya bersempena dengan Perasmian SMK ORANG KAYA HAJI sebagai Sekolah Angkat TM dibawah program TM PINTAR. Bersempena ini juga pelbagai aktivtit menarik bertemakan karnival telah diadakan. Majlis yang diadakan selama 3 hari 2 malam mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk tempatan dan sekolah-sekolah lain. Lebih 50 gerai jualan telah mengambil bahagian dalam menjayakan karnival yang gilang gemilang ini. 



MENITI 2014


 Melihat gambar yang dipaparkan sahaja kita sudah dapat tahu bahawa aktiviti yang diadakan sememangnya menarik dan tertarik untuk menyertainya jika mempunyai peluang. Kem ini diadakan khas untuk membaiki kesedaran dan menjadikan yang baik kepada hasil yang lebih baik. Pelbagai aktiviti yang menjana minda dan mencergaskan tubuh badan tlah diadakan. 



Antara acara/aktiviti sukan yang telah diadakan:
Bola Jaring
Bola Baling
Bola Tampar
Bola Sepak



Antara unit yang terlibat:
Pandu Puteri
Puteri Islam
Bomba
Kadet Polis
Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM)
Pengakap
Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, johan keseluruhan perkhemahan ini ialah Pandu Puteri yang berjaya menggondol tempat pertama dalam kebanyakan aktiviti yang disertainya. Tahniah diucapkan kepada pemenang.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI BLOG RASMI SMKOKH:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan